Riezman dilantik duta, bantu pempengaruh jana pendapatan di TikTok

外网TK资讯6个月前发布 Ming
449 0 0
Riezman dilantik duta, bantu pempengaruh jana pendapatan di TikTok

Riezman dilantik sebagai duta KSIA bagi membantu melahirkan lebih ramai pempengaruh media sosial mencipta konten menarik.

KUALA LUMPUR: Aktif sebagai hos siaran langsung TikTok antara salah satu cabang rezeki yang boleh menjana pendapatan tinggi.

Bagi melahirkan lebih ramai pencipta kandungan atau pempengaruh TikTok dalam platform media sosial itu, KamiSempoi International Agency (KSIA) melantik aktor Riezman Khuzaimi sebagai duta.

Antara selebriti aktif mengadakan siaran langsung di TikTok menjadi kelebihan buat Riezman dipilih sebagai duta agensi yang meraih pengiktirafan No 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara itu.

Riezman berkata, pemilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya membantu menjayakan kempen serta menggerakkan beberapa aktiviti yang dijalankan.

“Insya-Allah, kami sudah ada perancangan untuk membuat jelajah bergerak di beberapa lokasi.

“Ia bagi memberi pendedahan dan melahirkan lebih ramai pencipta kandungan atau pempengaruh TikTok,” katanya pada sidang media KamiSempoi Golden Award 2023 dan pelantikannya sebagai duta KSIA di Pavilion, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Riezman dilantik duta, bantu pempengaruh jana pendapatan di TikTok

Antara pempengaruh media sosial yang berjaya memperoleh pendapatan tinggi pada majlis KamiSempoi Golden Award 2023, baru-baru ini.

Sementara itu, pengasasnya, To Chin Swee berkata, perlantikan Riezman atau Abang Don dilakukan kerana dia antara hos siaran langsung TikTok yang pernah menjana pendapatan tinggi dan kini sudah membuka sub-agensi di bawah KSIA.

“Kami juga memiliki lebih 30 selebriti sebagai hos siaran langsung TikTok. Ini termasuklah Riezman, Nita Hamzah, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Nadia Mustafar, Acong Sweetchild dan ramai lagi.

“Selain dinaungi 1,300 hos siaran langsung TikTok di Malaysia, kami juga berjaya meluaskan empayar di Indonesia dan Singapura dengan dinaungi 21 sub-agensi secara keseluruhan,” katanya.

Sejajar pencapaian diraih, KSIA sudah bersedia mengorak langkah lebih jauh bagi membantu individu yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendapatan sebagai hos siaran langsung TikTok.

Selain itu, KSIA urut menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 untuk memberikan pengiktirafan kepada hos siaran langsung TikTok dan sub-agensi yang membantu menaikkan nama dan kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi TikTok berpengaruh, baru-baru ini.

Sebanyak tujuh kategori membabitkan sub-agensi, manakala 15 kategori untuk hos siaran langsung TikTok yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumah tangga dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Chin Swee berkata, KSIA menyediakan latihan percuma kepada hos siaran langsung TikTok yang bernaung di bawah agensi dan sub-agensi.

“Banyak ilmu yang boleh diperoleh daripada sesi latihan ini.

“Kami putus asa memberikan latihan berterusan kerana mahu mengasah TikToker mencipta konten dan bagaimana boleh ‘engaged’ dengan pengikut agar mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan.

“Latihan disediakan sangat penting kerana mahu memastikan hos siaran langsung TikTok mampu menghasilkan konten hiburan menarik dan bermanfaat,” katanya.

文章来源:Berita Harian每日新闻

TKFFF公众号

扫码关注领【TK运营地图】

Riezman dilantik duta, bantu pempengaruh jana pendapatan di TikTok

TKFFF合作,请扫码联系!

Riezman dilantik duta, bantu pempengaruh jana pendapatan di TikTok
© 版权声明
广告也精彩

相关文章

暂无评论

您必须登录才能参与评论!
立即登录
暂无评论...